Thursday, 21 May 2015

Recipe: Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Assalamualaikum! 

Kali ni nak share resipi kek gula hangus pulak. 

Mula-mula masa nampak kek ni, saya betul-betul ingatkan kek coklat. 

Tapi bila dah rasa, memang takdelah rasa coklat! 

Kek ni merupakan kegemaran hubby. 

Memandangkan saya tak pernah buat kek ni, saya pun carilah resipi di Internet dan cari jugak video di YouTube sebab tak pernah tau macam mana nak buat gula hangus tu. 

Bab-bab buat kek ni memang saya tak berapa arif. 

Lebih-lebih lagi kuih tradisional. 

Memandangkan hubby suka, saya pun gigih lah belajar buat kek ni. 

Masa buat kek ni pertama kali, terpaksa buang beberapa batch gula hangus sebab tak menjadi. :( 

Ya Allah, sedihnyalah saya masa tu. 

Rasa sayang pulak buang gula hangus tu. 

Memang dah nangis dah sambil-sambil membasuh periuk yang buat gula hangus. 

Tapi, Alhamdulillah, selepas 2-3 kali cuba juga buat gula hangus tanpa putus asa, maka terhasillah kek gula hangus yang hubby suka.

Itupun cubaan kali pertama dan Alhamdulillah hubby dok puji-puji. 

Kembang kuncup hidung ni haaaa :D

Hidung saya pulak memang dah kembang, bertambah-tambah lah kembang dan berbunga-bunga lah hati sebab hubby puji-puji. :D

Ok2, cukuplah saya dok membebel, biar saya tepek resepi di sini. 


Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Bahan-bahan:
Gula Halus 280g
Air panas 240ml
Mentega 125g
Telur 4 biji
Susu pekat manis 60ml (yang telah mencapai suhu bilik)
Tepung gandum 110g
Soda bikarbonat 2 sudu kecil / 15ml
Esen vanila 1 sudu kecil / 5ml


1. Cara-cara membuat gula hangus: 
- Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api perlahan hingga ia menjadi seperti karamel. (Jangan sesekali guna sudu untuk kacau. Kalau nak juga, cuma gerakkan periuk sekali sekala untuk ratakan cecair). 

- Tuang air panas ke dalam periuk dengan perlahan-lahan.

- Sejukkan gula hangus sehingga mencapai suhu bilik. 

2. Cairkan mentega dan sejukkan sehingga mencapai suhu bilik. 

3. Bahan-bahan Cecair: 
- Pecahkan telur ke dalam bekas, kacau sehingga telur cair dan rata menggunakan senduk kayu. 

- Masukkan susu pekat, kacau dengan rata dan perlahan.

- Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi berserta esen vanila, kacau dengan rata dan perlahan. 

4. Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dalam bekas mengandungi bahan-bahan cecair di atas. 

5. Tuangkan gula hangus ke dalam bekas sama dan kacau rata. 

6. Perap selama 3-4 jam untuk dapatkan lubang-lubang yang cantik di kek (sarang semut yang cantik). 

7. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, bolehlah kacau lagi seketika atau guna mixer bagi memastikan adunan dikacau rata.

8. Masukkan ke dalam loyang 7x7 inci yang telah dioleskan mentega. 

9. Pre-heat oven selama 15 minit pada suhu 170C.

10. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Insya Allah, kek akan masak dalam masa 45 minit. 

* Boleh test kek dah masak atau belum dan biarkan selama 5 minit lagi atau sehingga dah masak. 

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)