Assalamualaikum!
Kali ni nak share resipi kek gula hangus pulak.
Mula-mula masa nampak kek ni, saya betul-betul ingatkan kek coklat.
Tapi bila dah rasa, memang takdelah rasa coklat!
Kek ni merupakan kegemaran hubby.
Memandangkan saya tak pernah buat kek ni, saya pun carilah resipi di Internet dan cari jugak video di YouTube sebab tak pernah tau macam mana nak buat gula hangus tu.
Bab-bab buat kek ni memang saya tak berapa arif.
Lebih-lebih lagi kuih tradisional.
Memandangkan hubby suka, saya pun gigih lah belajar buat kek ni.
Masa buat kek ni pertama kali, terpaksa buang beberapa batch gula hangus sebab tak menjadi. :(
Ya Allah, sedihnyalah saya masa tu.
Rasa sayang pulak buang gula hangus tu.
Memang dah nangis dah sambil-sambil membasuh periuk yang buat gula hangus.
Tapi, Alhamdulillah, selepas 2-3 kali cuba juga buat gula hangus tanpa putus asa, maka terhasillah kek gula hangus yang hubby suka.
Itupun cubaan kali pertama dan Alhamdulillah hubby dok puji-puji.
Kembang kuncup hidung ni haaaa :D
Hidung saya pulak memang dah kembang, bertambah-tambah lah kembang dan berbunga-bunga lah hati sebab hubby puji-puji. :D
Ok2, cukuplah saya dok membebel, biar saya tepek resepi di sini.
Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut
Bahan-bahan:
Gula Halus 280g
Air panas 240ml
Mentega 125g
Telur 4 biji
Susu pekat manis 60ml (yang telah mencapai suhu bilik)
Tepung gandum 110g
Soda bikarbonat 2 sudu kecil / 15ml
Esen vanila 1 sudu kecil / 5ml
1. Cara-cara membuat gula hangus:
- Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api perlahan hingga ia menjadi seperti karamel. (Jangan sesekali guna sudu untuk kacau. Kalau nak juga, cuma gerakkan periuk sekali sekala untuk ratakan cecair).
- Tuang air panas ke dalam periuk dengan perlahan-lahan.
- Sejukkan gula hangus sehingga mencapai suhu bilik.
2. Cairkan mentega dan sejukkan sehingga mencapai suhu bilik.
3. Bahan-bahan Cecair:
- Pecahkan telur ke dalam bekas, kacau sehingga telur cair dan rata menggunakan senduk kayu.
- Masukkan susu pekat, kacau dengan rata dan perlahan.
- Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi berserta esen vanila, kacau dengan rata dan perlahan.
4. Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dalam bekas mengandungi bahan-bahan cecair di atas.
5. Tuangkan gula hangus ke dalam bekas sama dan kacau rata.
6. Perap selama 3-4 jam untuk dapatkan lubang-lubang yang cantik di kek (sarang semut yang cantik).
7. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, bolehlah kacau lagi seketika atau guna mixer bagi memastikan adunan dikacau rata.
8. Masukkan ke dalam loyang 7x7 inci yang telah dioleskan mentega.
9. Pre-heat oven selama 15 minit pada suhu 170C.
10. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Insya Allah, kek akan masak dalam masa 45 minit.
* Boleh test kek dah masak atau belum dan biarkan selama 5 minit lagi atau sehingga dah masak.
Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts
Thursday, 21 May 2015
Wednesday, 20 May 2015
Recipe: Daging Dendeng Berlada
Assalamualaikum! :)
Semenjak harga barang dah naik ni, saya banyak belajar memasak / bake online.
YouTube lah peneman dan guru saya. :D
Masakan yang selalunya saya dan hubby cari di kedai, saya cuba masak di rumah aje.
Boleh masak banyak2 dan makan berkali-kali.
Tak perlu nak kira berapa sudu lauk kena amik dan tengok harga bila sampai masa nak bayar.
Daging dendeng berlada ni merupakan kegemaran hubby. :)
Saya tak pernah masak daging dendeng berlada ... langsung, seumur hidup.
Saya dapat tau pasal masakan daging dendeng berlada ni lepas dah kahwin dengan hubby.
Memandangkan saya baru nak belajar masak daging dendeng berlada, saya tengok video di YouTube dan cari resipi online.
Amik mana yang mudah nak buat tapi masih sedap, Insya Allah.
Saya upload kat blog ni pun sebab nanti senang nak cari. :D
Resipi Daging Dendeng Berlada
Bahan-bahan:
Daging 1kg
Bahan-bahan dikisar halus (untuk perap dengan daging) -
Halia 1 inci
Bawang putih 5 ulas
Kunyit hidup 4 inci atau kunyit serbuk 1.5 sudu besar
Bahan-bahan untuk lada (disikar kasar atau ditumbuk) -
Bawang besar 1 biji
Tomato 1 biji
Cili merah 7-10 biji
* Kentang goreng (optional)
Cara-cara memasak:
1. Rebus daging yang telah diperap dengan bahan-bahan kisar halus selama setengah jam. Tambahkan garam sedikit.
2. Angkat daging, hiris dan tumbuk. Panaskan minyak untuk menggoreng daging kemudian tepikan dahulu.
3. Hiriskan sedikit bawang dan goreng di dalam minyak tadi. Masukkan bahan-bahan untuk lada dan tunggu sehingga minyak naik.
4. Masukkan garam dan gula serta tumiskan lagi sehingga masak.
5. Tutup api.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam periuk untuk digaulkan bersama lada.
Ada satu lagi cara untuk masak daging dendeng berlada ni.
Langkah 1 - 2 seperti di atas.
3. Masukkan bawang besar + tomato + cili merah ke dalam minyak untuk digoreng seketika (jangan ditumbuk atau dikisar dahulu).
4. Selepas seketika, keluarkan bahan-bahan dan masukkan di dalam blender (untuk dikisar kasar) atau lesung (untuk ditumbuk).
5. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk semula untuk ditumis. Tambahkan garam dan gula.
6. Tutup api.
7. Masukkan daging untuk digaul bersama lada.
Alhamdulillah, hubby memang suka sangat daging dendeng berlada ni.
Takyah pergi cari kat kedai. :D
Thursday, 2 October 2014
Recipe: Tomyam Thai
Assalamualaikum!
Nah, terus snap gambar tomyam yang masih mendidih dalam periuk.
Sebetulnya saya memang sukaaaaaaa tomyam. Encik Hubby pun join sekali hehehehe
Memang dah lama ni cari resipi untuk tomyam.
Selama ni main campak2 lepas tu masa tengah masak tu dok rasa lah pedas cukup ke tak, masam cukup ke tak.
Tak pernah pulak pakai pes tomyam yang dah siap kat kedai sebab nak guna resipi semuanya natural ... sangat lah kan.
Jadi semalam dok lah cari resipi kat Internet.
Aha, jumpa! Tapi resipi tu saya kurangkan portion setengah. Maknanya kalau orang tu tulis 10 biji bawang, saya buat 5 biji je. Ye lah, makan pun berdua je, kalau 10 biji tu memang untuk 1 family besar lah kan.
Ok, jom kita tengok.
TOMYAM THAI
PES TOMYAM:
(kisar bahan2 di bawah ni)
4 bawang merah kecil
1/2 bawang besar
1 biji cili merah
5 biji cili kering
2 helai daun limau purut
1 inci belacan (di bakar terlebih dahulu)
* Panaskan minyak dan tumis bahan2 di atas.
* Setelah minyak naik, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
BAHAN2 SUP TOMYAM:
Ayam
1 labu bawang besar - potong 6
3 bawang putih - diketuk
1 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji tomato - potong 6 / 8
1 biji limau nipis
3 biji cili padi - diketuk
Garam secukup rasa
CARA2 MEMASAK:
1. Rebus ayam terlebih dahulu.
2. Bila dah setengah masak, masukkan bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan cili padi.
3. Masukkan pes tomyam yang dah dimasak tadi berserta limau nipis dan garam.
4. Bila tomyam dah nak masak, masukkan tomato.
Elok juga kalau rasa dulu cukup ke tak pedas atau masam, bolehlah adjust resipi ikut selera sendiri :)
Alhamdulillah, menjadi juga tomyam untuk makan sendiri ni.
Encik Hubby pun suka.
Insya Allah, pes tomyam tu boleh buat lagi untuk masak bihun goreng ke, nasi goreng ke, memang sedap dan simple je. :D
Selamat mencuba!
Sunday, 21 September 2014
Resipi: Asam Pedas Ikan Merah
Assalamualaikum!
Nak simpan resipi ni supaya boleh refer balik bila nak masak asam pedas nanti :D
Resipi ni saya ambil daripada nenek kesayangan saya yang berasal dari Melaka.
Insya Allah, mesti sedap. Apa yang nenek pesan, jangan masukkan bahan2 seperti bawang merah & bawang putih dalam blender, nanti kuah tak sedap.
Kalau nak masak asam pedas, kena pakai asam jawa, jangan pakai asam keping.
Bahan-bahan
4 biji bawang merah kecil (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
10 biji bawang merah kecil (dipotong halus) *
5 biji bawang putih (dipotong halus) *
Halia 1 inci (dihiris)
Sedikit belacan *
1 1/2 sudu makan cili kisar *
* Gaulkan bahan2 di dalam satu bekas
Ikan merah 4 keping
Air asam jawa
1 biji tomato (dipotong empat)
Daun kesum
Garam secukup rasa
Gula 1 sudu makan
Cara-cara Memasak
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi.
2. Setelah kekuningan, masukkan bahan2 bertanda * dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan gula.
3. Masukkan ikan dan tumis seketika.
4. Masukkan air asam jawa. Kalau nak masam lagi, tambahkan lagi asam jawa.
5. Masukkan garam dan daun kesum.
6. Bila kuah dah nak masak, masukkan tomato dan renehkan seketika.
Siap! :)

Wednesday, 10 September 2014
Recipe: Of Tomyam and Ikan Goreng Berlada
I was craving for tomyam, so I used whatever ingredients I had at home to prepare a pot of tomyam.
Of course, I Googled for the recipe first and 2 of the main ingredients which were missing from my pantry were the limau nipis and asam keping.
I had tomatoes, cili padi, serai and I used asam jawa instead in addition to the onions and garlic.
I used chicken as the main ingredient for this broth.
One thing I learnt was to NOT blend the tomatoes together with onions and garlic! (A mistake I made after watching a YouTube video on preparing tomyam).
On top of tomyam, I prepared ikan goreng berlada for hubby using ikan merah.
Glad he loved it! :D
IKAN GORENG BERLADA
3 big onions
2 cloves garlic
8-10 small cili padi (depending on how spicy you'd like it to be)
2 cili merah
1 tomato
1 tsp belacan
1 tsp sugar
1 tsp salt
1 cup cooking oil
Method:
1. Cut the onions, garlic, cili padi, cili merah and tomato (you need not slice them finely as you'll blend them at a later stage).
2. In a pan, pour 1 cup of cooking oil.
3. Fry the belacan until you can smell the fragrant. (I'd suggest that you open ALL doors and windows hehehehe). Make sure that it isn't burnt!
4. Pour all ingredients in (1) into the pan to stir-fry for 3-4 minutes.
5. Switch off the stove and let it cool for 2-3 minutes.
6. Pour everything into the blender. You can use the 'Pulse' option on your blender (if you have any), else you blend it until there are no chunky cili / onions, however, there has to be some form of texture to this cili paste.
7. Pour the blended mixture into the pan and add sugar & salt. Continue to fry this until it becomes a thick paste.
8. You can either add the fried fish into the pot or serve the cili and fish separately.
:) Hubby loved it and I ate the tomyam to my heart's content!
We both had second helpings of the rice and at the moment, my tummy is extremely full!

Subscribe to:
Posts (Atom)