Wednesday, 20 May 2015

Recipe: Daging Dendeng Berlada


Assalamualaikum! :)

Semenjak harga barang dah naik ni, saya banyak belajar memasak / bake online. 

YouTube lah peneman dan guru saya. :D

Masakan yang selalunya saya dan hubby cari di kedai, saya cuba masak di rumah aje. 

Boleh masak banyak2 dan makan berkali-kali.

Tak perlu nak kira berapa sudu lauk kena amik dan tengok harga bila sampai masa nak bayar. 

Daging dendeng berlada ni merupakan kegemaran hubby. :)

Saya tak pernah masak daging dendeng berlada ... langsung, seumur hidup.

Saya dapat tau pasal masakan daging dendeng berlada ni lepas dah kahwin dengan hubby. 

Memandangkan saya baru nak belajar masak daging dendeng berlada, saya tengok video di YouTube dan cari resipi online. 

Amik mana yang mudah nak buat tapi masih sedap, Insya Allah. 

Saya upload kat blog ni pun sebab nanti senang nak cari. :D


Resipi Daging Dendeng Berlada

Bahan-bahan: 

Daging 1kg

Bahan-bahan dikisar halus (untuk perap dengan daging) -
Halia 1 inci
Bawang putih 5 ulas
Kunyit hidup 4 inci atau kunyit serbuk 1.5 sudu besar

Bahan-bahan untuk lada (disikar kasar atau ditumbuk) -
Bawang besar 1 biji
Tomato 1 biji
Cili merah 7-10 biji

* Kentang goreng (optional)

Cara-cara memasak:

1. Rebus daging yang telah diperap dengan bahan-bahan kisar halus selama setengah jam. Tambahkan garam sedikit.

2. Angkat daging, hiris dan tumbuk. Panaskan minyak untuk menggoreng daging kemudian tepikan dahulu.

3. Hiriskan sedikit bawang dan goreng di dalam minyak tadi. Masukkan bahan-bahan untuk lada dan tunggu sehingga minyak naik. 

4. Masukkan garam dan gula serta tumiskan lagi sehingga masak. 

5. Tutup api. 

6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam periuk untuk digaulkan bersama lada. 


Ada satu lagi cara untuk masak daging dendeng berlada ni.

Langkah 1 - 2 seperti di atas.

3. Masukkan bawang besar + tomato + cili merah ke dalam minyak untuk digoreng seketika (jangan ditumbuk atau dikisar dahulu)

4. Selepas seketika, keluarkan bahan-bahan dan masukkan di dalam blender (untuk dikisar kasar) atau lesung (untuk ditumbuk). 

5. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk semula untuk ditumis. Tambahkan garam dan gula. 

6. Tutup api. 

7. Masukkan daging untuk digaul bersama lada.


Alhamdulillah, hubby memang suka sangat daging dendeng berlada ni. 

Takyah pergi cari kat kedai. :D


No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)