Saturday, 3 October 2015

Set Bersalin: Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy


Ini merupakan kali pertama saya menggunakan set bersalin lengkap Nona Roguy.

Masa bersalin anak pertama, saya mengambil ubat yang disediakan oleh tukang urut masa tu.

Kali ini selepas bersalin anak kedua, saya mengambil tukang urut yang lain dan dinasihati untuk menunggu selesai tempoh berpantang baru cari barang-barang untuk penjagaan selepas bersalin kerana dikhuatiri anak demam kuning.
Rangkaian Herbanika Bersalin ini mengandungi barang-barang berikut:

PhytoNatal - 90 biji
Akar Herbanika - 10 paket
Minyak Herbanika - 100 ml
Herbanika barut (krim) - 60gm
Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Herbanika Lulur - 100gm

Kotak Set Bersalin Nona Roguy
Tidak perlu khuatir kerana set ini turut disertakan buku panduan penggunaan seperti di bawah (ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris):

Buku Panduan Penggunaan
Panduan di dalam Bahasa Inggeris
Saya sangat suka set bersalin ni sebab ianya sangat mudah digunakan, terutama sekali jika anda berpantang sendiri di rumah.

Di sini, saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan set bersalin Nona Roguy yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum ibu di luar sana membuat keputusan di dalam pencarian set bersalin semasa dalam pantang nanti, Insya Allah. :)


PHYTONATAL (90 TABLET)
  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Mengelakkan terjadinya bentan.
  • Sebagai pembersih dalaman semulajadi untuk menyahtoksik, pelembab, dan perapi dalam sistem dalaman tubuh badan bagi mengeluarkan kekotoran, angin toksik, darah nifas, darah bantal, lendir berlebihan, retensi air dan sembab.
  • Menurunkan berat badan, melangsingkan tubuh badan dan merampingkan pinggang, mengempiskan perut, serta mengatasi masalah geleber.
Cara pemakanan:  2-4 tablet sehari.

Saya hanya mengambil 2 biji pil sahaja selepas sarapan pagi.
Alhamdulillah, jika dulu saya mempunyai masalah sembelit, namun selepas makan Phytonatal ni, senang sangat lawas!
Kalau pil diambil pada waktu pagi, Insya Allah anda akan membuang air besar pada waktu petang atau malam.
Bersedialah untuk membuang ya. :D
Amat berguna sekiranya anda ada jahitan di bawah tu, terutama sekali yang perlu membuat episiotomi. 
Kalau nak buang air, saya memang takut sangat, walaupun saya mempunyai first degree tear dan bersalin normal.
Lagi satu yang best Phytonatal ni, dah tak rasa kembung perut!
Legaaaa sangat!


AKAR HERBANIKA NR (10 uncang)
  • Melancarkan pengeluaran darah nifas.
  • Membanyakkan susu badan.
  • Membersih, melancarkan serta menyegarkan darah yang bercirikan stimulasi dan lactagogue yang dapat memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
  • Melancarkan pembuangan air kecil
Cara Penggunaan: 1-2 uncang direndam dalam 1 mug air panas mendidih. Biarkan ia suam atau mencapai suhu bilik. Boleh juga masukkan madu lebah untuk kesan yang lebih mujarab. Amat di syorkan pengambilan sebanyak 3-4 mug sehari dengan mengulangi rendaman paket yang sama sehingga cair warnanya. Selepas itu, gantikan dengan paket yang baru.

Saya guna 1 uncang sebab nak jimatkan penggunaan :D
Kalau nak minum, saya akan pastikan ianya panas sebab rasa lega sangat minum air panas.
Bau herba tu juga memang best!
Alhamdulillah, susu badan pun banyak sampaikan kalau sedang menyusukan anak, susu akan keluar di kedua-dua breast.
Setiap hari saya kena tukar baju atau mandi jika terlalu banyak yang keluar sehingga baju pun lencun.
Selalunya susu yang keluar agak deras juga sampai baby terpaksa tunggu seketika sehingga ianya kurang deras.

Ok, itu untuk makan tablet dan minum air herbanika, sekarang ni kita tengok bahan-bahan untuk cucian serta minyak dan krim barut juga.

Uncang Cuci Herbanika : Minyak Herbanika : Krim Herbanika Barut
(Bengkung tidak termasuk di dalam set)

UNCANG CUCI HERBANIKA (10 uncang)
Air rebusan herba untuk mandi dan mencuci bahagian sulit.
  • Sebagai cucian berkesan untuk bahagian sulit ibu, membantu mengatasi atau meredakan jangkitan fungus, keputihan dan mempertingkatkan kesihatan di bahagian sulit.
  • Amat berkesan dalam rawatan rendaman sulit, hidroterapi dan sebagai herba bunjut dalam terapi tuaman.
Cara penggunaan: Rendam 3 uncang dalam 1 liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba. Masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit dan masukkan garam untuk lebih berkesan. Guna airnya untuk mencebuk atau gunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita.

Uncang cuci NR ini juga boleh dijadikan sebagai herba mandian dengan merebus 6 Uncang Cuci Herbanika dalam 2 Liter air tanpa garam. Air rebusan dicampurkan dengan air biasa dalam bekas mandi atau besen untuk disuamkan sebelum mandi. Gunakan uncang-uncang yang di rebus itu sebagai tuaman urat saraf, otot dan payudara semasa mandi untuk lebih berkesan.

Jika di hospital, mereka akan ajar macam mana nak basuh alat sulit menggunakan air dan garam.
Dengan set bersalin NR ni, mereka menggunakan Uncang Cuci Herbanika di mana garam akan ditambahkan sekali di dalam air cucian.
Memang bau herba agak kuat dan ianya akan memberikan kaum ibu rasa segar selepas cucian.

HERBANIKA LULUR NR
  • Mengurangkan kesan parut serta pigmentasi disamping mengeluarkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
  • Mengencangkan kulit dan otot badan, mengecutkan bengkak urat varikos, meredakan sembab dan memelihara kesihatan urat saraf badan secara luaran.
  • Mengatasi kebas-kebas dan seram sejuk dengan menghindari daripada kemasukan angin sejuk.
Cara Penggunaan: Sediakan 2 sudu besar Herbanika Lulur NR, campurkan dengan air panas suam, kacau sehingga menjadi pes yang sederhana cair. Sebelum mandi, lulur seluruh badan. Kemudian, mandi dengan air herba mandian Uncang Cuci NR. 

Penggunaan lulur ni untuk scrub di seluruh badan.
Jangan terperanjat ya jika selepas mandi tu nampak tangan warna kuning disebabkan lulur.
Bau lulur ni pun sedap juga.
Kalau nak scrub di bahagian belakang badan dan tak sampai, bolehlah minta tolong Encik Suami :) 

Selepas mandi, mari kita tengok pula penggunaan minyak Herbanika dan krim barut.


MINYAK HERBANIKA (100ml)
  • Minyak urut.
  • Diletakkan 3-4 titik di pad untuk melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengeringkan luka bersalin (normal) dengan cepat.
  • Disapu pada kaki dan bahagian yang sakit dan tegang, untuk kelegaan yang cepat.
  • Disapukan di perut sebelum menyapukan Krim Herbanika Barut, untuk menghilangkan stretchmark dan membantu Krim Herbanika Barut untuk bertindak dengan lebih berkesan dalam menghilangkan lemak-lemak.
Saya suka sangat minyak ni.
Kadangkala kalau pakai pad, memang terasa sangat gatal di bahagian bawah sebab kulit saya agak sensitif dengan plastik pad tu. Jadi kalau saya sapukan di bahagian situ, rasa dingin dan melegakan.
Kalau rasa sakit kepala, saya akan sapukan di bahagian tengkuk. 
Kalau perut terasa kembung, saya akan sapukan di bahagian perut serta kaki sebelum memakai stokin kaki untuk pastikan kaki hangat.


KRIM HERBANIKA BARUT (60gm)
  • Mengeluarkan darah nifas dengan lancar, darah kotor, lendir dan angin keracunan dan darah bantal daripada rahim.
  • mengejapkan otot bahagian perut yang longgar dan menggeleber.
  • Mengurangkan jalur kulit (stretchmark) dan memutihkan kesan parut.
  • Mengembalikan kelangsingan badan yang terserlah di bahagian pinggang, perut, pinggul, baha dan lengan.
Cara Kegunaan: 
  • Sapu Minyak Herbanika NR terlebih dahulu di bahagian perut, pinggang, pinggul sebelum menggunakan Krim Herbanika Barut di tempat tersebut.
  • Pakai bengkung atau kain barut untuk mengikat rapi bahagian tersebut. 

Krim ni akan memberikan rasa hangat pada badan. 
Saya akan sapukan minyak Herbanika dahulu sebelum memakai krim ni kemudian akan memakai bengkung.
Saya cadangkan jika anda mempunyai kulit yang agak sensitif, mungkin boleh guna dalam kuantiti yang sedikit dahulu. 
Jika tiada kesan sampingan seperti rasa tidak selesa dan anda rasa seperti ianya terlalu gatal, bolehlah sambung penggunaannya. 
Kadangkala kita terlalu menggaru sehingga mendatangkan kesan pada bahagian perut.

Alhamdulillah, memang lengkap set bersalin ni dan amat mudah untuk menggunakannya juga.

Sekiranya ada sesiapa berminat, boleh dapatkan set lengkap ini dari Galeri Herba Orimura (pemborong/pengedar produk kesihatan & kecantikan) yang mempunyai cawangan di Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Puchong dan Giant Bachang, Melaka.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang terus ke tempat anda. 



Saya sertakan di bawah ini waktu urusan dan alamat cawangan di Bandar Kinrara (bagi sesiapa yang nak ke kedai terus), nombor telefon serta alamat emel untuk menghubungi mereka.

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)