Jadi kami banyak cari idea online dan IG adalah salah satu resource yang amat berguna.
Antara # yang anda boleh guna di IG ialah (walaupun terdapat banyak lagi # yang anda boleh explore):
#homeschooling #homeschooler #homeschool
#unschooling #unschooler #unschool
#invitationstoplay #30invitationstoplay
#preschoolactivities #learningthroughplay #kidsactivity
"Cardboard Roll Tree"
Bahan-bahan: Tissue roll, kertas, watercolour
Di sini saya recycle paper bag je, jimat sikit kertas kan :) dan paper bag ni pun agak tebal jadi kalau guna watercolour, tak tembus kertas tu.
Saya lukis pokok berserta dahan-dahan di atas paper bag ni.
Kemudian, saya gunting tissue roll kepada beberapa bahagian dan tissue roll ini akan menjadi bentuk daun.
Lil' Tot akan membuat bentuk daun pada pokok yang saya lukis tadi menggunakan pelbagai warna.
"Invitation to Play with Scissors and Colored Papers"
Bahan-bahan: Gunting (pelbagai jenis bentuk), kertas warna
Lil' Tot diberikan kebebasan untuk membuat apa-apa sahaja dengan bahan-bahan yang saya sediakan dalam tray ni.
Sama ada dia nak buat kad atau membuat collage atau nak gunting sahaja kertas-kertas di atas menggunakan kesemua gunting yang akan menghasilkan different edges.
Di bawah ni adalah hasil daripada masa yang saya berikan kepada Lil' Tot untuk explore menggunakan gunting-gunting dan kertas-kertas warna di atas:
"Alphabet Recognition and Tracing"
Bahan-bahan: Watercolour, kertas, pensil warna
Lil' Tot tidak berapa minat untuk menulis alphabets, jadi saya menarik minatnya melalui membuat collage atau mewarna alphabets menggunakan watercolour dan pensil warna.
Insya Allah, ini dapat menarik minatnya untuk mengenali ABCs.
"Numbers Recognition and Basic Math"
Bahan-bahan: Magnetic numbers, pom pom balls, cupcake tray
Alhamdulillah, Lil' Tot sudah mengenali nombor-nombor jadi untuk mengajarnya membuat kira-kira, kami membuat aktiviti di atas.
Selain daripada mengira, Lil' Tot perlu menulis jawapan dan ini membantu mengukuhkan lagi pengenalan kepada nombor.
Lil' Tot begitu teruja untuk membuat aktiviti ini hampir setiap hari dan kami tidak memanggilnya Math tetapi "Numbers Game" :)
Budak-budak kalau sebut "game" je mesti lajuuuu nak buat kan hehehe
Play Doh ni boleh beli yang dah siap ataupun buat sendiri di rumah.
Ianya adalah satu investment jangka panjang yang amat menguntungkan kerana budak-budak suka sangat main Play Doh.
Letaklah Play Doh dengan apa-apa bahan ie set masak budak-budak, dan anda dapat menyaksikan mereka bermain Play Doh selama berjam-jam!
Apa yang menarik, dapat melihat tahap imaginasi mereka dan ibu bapa juga turut terjebak bermain bersama-sama mereka ... ahem, sayalah tu. :D
"Numbers Recognition"
Ini lagi satu variasi untuk mengenali nombor.
Aktiviti ini memerlukan Lil' Tot melukis jumlah pom pom balls yang diatur dan mewarna sekali.
Ianya dapat membantu Lil' Tot visualise nombor mana yang lebih besar dan nombor mana yang lebih kecil.
Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, saya dan suami akan membaca dan baking dengan Lil' Tot.
Kami juga mengajar dia untuk solat dan mengaji.
Tapi biasalah, budak yang masih berusia 4 tahun, kadangkala dia mahu buat, kadangkala tidak, jadi kami akan pastikan jika dia hendak buat sesuatu, kami akan segera tunjuk caranya.
Jika dia tidak berminat, kami tidak akan memaksa atau memarahinya kerana lambat laun, dia akan buat juga.
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)