Terdapat ramai homeschooling families di Malaysia yang jauh lebih berpengalaman daripada kami.
Kami budak baru belajar dan baru hendak berjinak-jinak dengan homeschooling anak kami, Lil' Tot, yang tidak menghadiri pre-school/tadika.
Insya Allah, walaupun kami tiada sijil perguruan, kami masih boleh mengajar Lil' Tot untuk:
Mengira
Membaca (mengenali huruf dahulu)
Mengaji
Solat
Life skills ie laundry, lipat baju, membersihkan rumah, cooking/baking etc
Serta (yang teramat amat amat penting) memberikan dia kebebasan untuk bermain! :D
Alhamdulillah, walaupun ramai rakan-rakan sebaya Lil' Tot sudah pergi ke sekolah, Lil' Tot tidak pula meminta kami untuk menghantarnya ke tadika/pre-school.
Dia lebih selesa untuk berada di rumah dan membuat pelbagai aktiviti bersama saya/suami ataupun dia bermain sendiri sahaja.
Macam mana nak homeschool?
Kami akan melihat kecenderungan minat Lil' Tot dan merangka pelbagai jenis aktiviti mengikut minatnya.
Disebabkan kami baru dalam bidang homeschooling ni, kami memang BANYAK membaca dan mencari resources online.
Banyak sangat artikel berkaitan homeschool dan banyak juga FB groups di mana ibubapa homeschool their own children.
Apa yang penting kalau nak homeschool ni, kena banyak cari maklumat just for you to use as a guide sebelum anda embark on your own homeschooling journey with your family. :)
Kenapa homeschool?
Sebab kami lebih mengenali anak kami dan dapat merangka aktiviti/pembelajaran mengikut tahap pengetahuan serta yang paling penting, minat dia. :)
Kami ingin menekankan pembangunan sahsiah Lil' Tot daripada beliau masih kecil lagi, Insya Allah. :)
"Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah juga membawa maksud iaitu membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat melahirkan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju." - https://sahsiahcikgu.wordpress.com
Amboi, macam serious bebenor definisi kat atas ni kan? Kami nak tekankan character building untuk anak kami supaya dia takdelah nak fikir pasal score A sahaja dalam semua subjects tapi character ZERO. :(
Apa yang kami harap Lil' Tot dapat belajar adalah "skills" yang boleh diguna pakai sehingga bila-bila. Dalam masa 10 tahun akan datang, kita takkan tahu what type of job opportunities are available and the skills they learn or possess now might become obsolete in the future.
Maka apa yang penting adalah untuk menerapkan di dalam diri Lil' Tot semangat dan minat untuk belajar (Insya Allah) as learning is a continuous process and does not stop when you graduate from school / college.
Kebebasan untuk membuat aktiviti-aktiviti sama ada di rumah atau bersama-sama homeschooling families on weekdays (di mana banyak tempat lengang sebab ramai budak-budak ke sekolah). Tak lupa juga, travelling with the family pada bila-bila masa, tak kira cuti sekolah ataupun tidak (amik cuti sendiri hehehe)
Selain daripada itu, Lil' Tot tidak perlu bangun pukul 7am semata-mata untuk bersiap ke tadika/pre-school. Tak boleh nak bayangkan, untuk kejutkan Lil' Tot yang memang LIAT sangat nak masuk bilik air untuk mandi ... oh tidak!
Ada jadual ke?
Takde jadual ... dia baru berumur 4 tahun jadi kebanyakan aktiviti adalah mengikut rentak dia.
Kami amat fleksibel malah Lil' Tot juga turut membantu membuat kerja-kerja rumah seperti laundry, menyapu sampah, melipat baju etc Ya, menerapkan life skill dari dia kecil lagi, bila dah besar senang sikit nak suruh buat kerja rumah. :)
Mana nak cari aktiviti?
Bagi aktiviti pula, saya mencari ilham untuk pre-school activities di IG dan telah menemui banyak ideas menarik daripada kalangan homeschooling families di serata pelusuk dunia!
Apa yang menarik, komuniti homeschool membantu antara satu sama lain di dalam pendidikan anak-anak mereka. Extremely supportive and encouraging!
Antara # yang anda boleh guna di IG ialah (walaupun terdapat banyak lagi # yang anda boleh explore):
#homeschooling #homeschooler #homeschool
#unschooling #unschooler #unschool
#invitationstoplay #30invitationstoplay
#preschoolactivities #learningthroughplay #kidsactivity
Mana nak cari geng-geng homeschool yang lain?
Homeschooling families ada join FB groups untuk bersama-sama share maklumat tentang homeschool serta buat group activities untuk homeschooling kids. Anda boleh cari homeschooling families yang berhampiran dengan tempat anda tinggal, Insya Allah. :)
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)