Sunday, 18 October 2015

Keluar Breakfast dengan Baby

Semenjak dua menjak ni kami tak keluar rumah langsung, memandangkan keadaan jerebu yang tak mengizinkan.

Kesian Lil' Tot dan baby kalau kena hidu asap jerebu. :(

Jadi bila hujan lebat mula turun sejak dua hari lepas, kitorang putuskan untuk keluar hari ini.

Mula-mula ingatkan nak suruh hubby beli je, nasi lemak, sebab dah lamaaaa tak makan nasi lemak. Yalah, kena berpantang makan kan. :D

Tapi bila Lil' Tot pun bangun awal, kitorang terus suruh dia mandi sebab nak keluar.

Aha, kalau dulu bolehlah amik masa setengah jam nak bersiap dan terus keluar rumah, tapi sebab ada baby, paling kurang pun amik masa sejam hehehe

Bila dah bersiap dua orang askar kecik tu (sebab Ummi dan Daddy memang dah bersiap awal lagi), maka bergeraklah kami keluar rumah dalam pukul 9am.

Cuaca pun agak mendung sebab awal-awal pagi tadi memang dah hujan.

Terus kami pergi ke kedai makan dan hubby pun pesan nasi lemak. 

Ameeekkkkk ... dua bungkus nasi lemak saya pulun!!! Bahahaha ... entah apalah baby tu rasa nanti masa menyusu ... mesti ada rasa pedas-pedas sikit kot ek.

Takpelah nak, Ummi nak ajar awak makan pedas ya. :)

Selesai je bersarapan, saya ajak hubby pergi 1U sebab teringin betul nak beli chicken floss dari Bread Story.

Ni memang teringin dah lama kot tapi memandangkan nak kena masuk parking dan jalan ke Bread Story tu agak lah payah.

Dengan semangat berkobar-kobar, kami pun pergi lah ke 1U. 

Yang paling best, sebab masa tu belum lagi pukul 10am, maka teramat lah senang nak cari parking. 

Tau tak, kalau dah terlampau banyak sangat tempat kosong, memang rambang mata nak parking kat mana. 

Lepas tu nak cari parking yang betul-betul depan pintu masuk.

Adehlah, pening kepala ... bukan sebab takde parking kosong tapi sebab terlampau banyak kosong! :D

Saya pun terfikir, memang best lah keluar awal-awal ni, especially kalau ada baby. 

Tak ramai sangat orang masa tu, parking senang dan banyak benda boleh buat dalam masa yang singkat.

Bila masuk 1U, ramai orang dah duduk di tempat-tempat makan.

Masa ke Bread Story tu memang banyak lagi roti takde kat tempat display ... TAPIIII banyak chicken floss yang dah siap hehehe yang tak pedas dah siap letak kat display, yang pedas punya belum packing lagi, saya siap pack sendiri ... yalah, terlampau awal agaknya.

Nah, amik 6 terus roti chicken floss yang tak pedas dan amik 2 untuk hubby yang suka makan pedas.

Puas hati.

Depan Bread Story masa tu ada exhibition projek perumahan yang disertai beberapa developers. 

Kami nak usha2 je tapi terus menuju ke Mah Sing Group. 

Setakat ni, kami tau Mah Sing Group memang reliable dalam projek yang diaorang buat. 

Hubby borak2 dengan salesperson kat situ sambil pegang baby yang dah tidur, tak bawak stroller sebab plan nak beli roti je.

Lil' Tot pulak sibuk tarik saya nak tengok pelan rumah yang diaorang bina.

Maka geraklah kami dari satu developer ke developer yang lain.

Bila salesperson datang nak bagi maklumat lanjut mengenai projek perumahan mereka, saya cakap "Tengok2 je ni, saya tak mampulah nak beli."

Diaorang terus senyum dan suruh saya amik je pamphlet.

Takdelah bazir masa dan air liur diaorang nak explain kat saya.

Kami amik masa sejam berada di exhibition tu dan dalam pukul 11am dah bertolak balik ke rumah. 

Tak terasa penat dan baby pun banyak tidur je sepanjang masa tu. 

Insya Allah, kalau nak keluar lagi terutamanya ke shopping mall, memang kena keluar awal-awal pagi. :)

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)