Ini cerita minggu lepas.
Al-kisahnya, aku sakit2 belakang sejak kebelakangan ni.
Mengadu kat ibu, dia terus telefon tukang urut dan buat temujanji untuk hari berikutnya (tuah badan sebab ibu cakap kalau ibu cuba buat temujanji, kena tunggu dalam 2-3hari sebab tukang urut tu memang selalu penuh jadual dia).
Pukul 9.30am dah terpacul di rumah ibu.
Lepas je Subuh, bergegas aku mengangkut budak kecik keluar rumah untuk mengelak dari tersangkut dalam trafik jam.
Hubby tolong dukung budak kecik dan letakkan dia dalam car seat sebelum hubby pergi ke tempat kerja.
Budak kecik tidur sepanjang perjalanan dan hanya bangun ketika sampai rumah Tok Mama.
Makcik Ida nama tukang urut ni.
Sejam urut dia charge RM60. Memang murah.
Makcik Ida datang naik motor, bawak 2 helmet sebab dia kena hantar anak dia pergi/balik sekolah walaupun dia kena pergi 6-7 rumah dalam masa satu hari. (Urut badan / urut orang bersalin)
Sebelum sesi mengurut, dia dah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Bismillah. :)
Hari pertama dia urut.
Ya Allah, :( :( :( SAKITNYAAAAAA ... Makcik Ida cakap badan aku memang banyak betul angin tapi aku tetap menahan rasa sakit.
Siap tutup mata, tahan nafas, genggam erat bantal yang aku guna masa urut.
Ok, memang aku nangis sebab sakit betul!!!
Mulut aku terkumat-kamit berselawat dan berzikir, berdoa kepada Allah untuk mengurangkan rasa sakit.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya masa tu.
Budak kecik tengok aku kena urut sambil nangis2 dah risau, terus mengadu kat Tok Mama yang Ummi sakit.
Ibu aku minta Makcik Ida urut perlahan sedikit.
Makcik Ida kata memang dia urut perlahan dah lepas aku dok nangis2.
Lepas je selesai mengurut, Makcik Ida suruh aku telan Panadol untuk elak demam.
Makcik Ida cadangkan supaya aku mengurut untuk 3 hari.
Alhamdulillah, aku tak demam hari tu.
Cuma malam tu, badan aku dah lebam2 dan bila gerak tangan terasa sakit.
Hubby tolong sapu minyak kat bahagian2 lebam sambil cakap "Kesian wifey saya" berkali2.
Aku Whatsapp ibu gambar lebam2 dan dia terus call Makcik Ida.
Temujanji hari berikutnya, 9.30am dan Makcik Ida kata dia akan tuam badan aku.
Hari kedua urut.
Makcik Ida bawak batu tungku dan letak atas stove untuk setengah jam sebelum dia tuam badan aku dan urut.
Alhamdulillah, dah tak rasa sakit macam hari pertama urut!
Makcik Ida cari urat saraf dan cakap masa aku dalam pantang, tukang urut aku tak buang habis angin meroyan (rasa macam dia cakap angin meroyan atau moriyan aku pun tak pasti).
Dia pegang kat ibu jari kaki dan aku tersentap ... YA ALLAH, dia picit sikit pun dah rasa SAKIT YANG AMAT!!! :( :( :(
Masa Makcik Ida urut perut pun, sebab dia kata nak betulkan rahim aku sebab dah senget, katanya, aku tanya kenapa Makcik Ida urut aku tak rasa sakit?
Makcik Ida cakap kalau urut rahim tak boleh kuat sangat.
Aku cakap kat dia, masa aku dalam pantang, tukang urut tu picit kuat sangat, rasa cam nak bersalin lagi tahap kesakitan tu.
Makcik Ida terus cakap, "Hish, tak boleh urut macam tu. Kena urut perlahan-lahan."
Alhamdulillah, selesai urut badan dah tak sakit cuma bahagian ibu jari je tu yang sakit.
Hari ketiga.
Lega betul sebab dah tak sesakit masa hari pertama Makcik Ida urut.
Dia tuam seluruh badan aku lagi.
Dia cakap, lepas ni dah tak perlu urut sebab dia akan usahakan untuk buang segala macam angin dalam badan aku.
Kesian juga sebab dalam 3 hari dia urut aku, dia yang paling banyak keluar angin.
Aku rilek lagi, keluar angin pun sikit2 je.
Makcik Ida siap cakap "Banyaknya angin, makcik rasa macam nak termuntah dah ni."
Maaf ya Makcik Ida! huhuhuhu (kesian kat Makcik Ida. Dahlah dia baik sangat2).
Makcik Ida sambung lagi "Tengoklah dalam 2-3 bulan atau 6 bulan lepas ni pun, kalau tak sakit, jangan urut ya sayang."
Lepas je mengurut, Makcik Ida dengan ibu dok borak2 sambil Makcik Ida memberitahu ibu khasiat daun sirih.
Makcik Ida dah siap bawak daun sirih yang bergantang untuk ibu tanam di rumah. :D
Ambil dari rumah, katanya.
Dia cakap kalau orang yang nak baby lagi, tak boleh minum air sirih ni sebab nanti rahim kecut.
Aku balik rumah dalam tengah hari sebab dah tak larat dah, penat.
Alhamdulillah, badan aku dah tak sakit dah.
Belakang aku pun dah ok dah.
Cuma ... hehehe aku kerap betul keluar angin (sendawa), sebelum ni tak lah sekerap/sekuat sekarang.
Harap2 tak lama lah ni keluar angin.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dapat jumpa Makcik Ida.
Semoga Allah membalas segala kebaikannya mengurut orang sehingga sembuh, Insya Allah. Amin!
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)