Wednesday, 8 October 2014

Mengasingkan Tempat Tidur Anak

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, berjaya juga kami dalam misi untuk mengasingkan tempat tidur anak kami yang sudah menjangkau usia 3 tahun dan menyusu badan juga. 

Memang susah jugak nak dia berhenti menyusu badan, sebab kesian kan huhuhuhu

Tidur petang dia akan bf, pagi2 bangun pun bf juga. Sebelum dia tidur di bilik sendiri dan masih tidur bersama kami, dia akan bf juga.

Jadi langkah yang diambil untuk dia tidur di bilik sendiri adalah untuk membantu dia berhenti bf.

Bilik dia memang dah ada cuma katil dan barang2 dia tak dimasukkan lagi sebab katil dia dalam bilik kami. 


MENYEDIAKAN BILIK ANAK
Satu hari tu, mengemas lah kami dua beranak mengangkut tilam, katil, bantal, selimut dan perkakas2 lain untuk jadikan bilik dia menarik. 

Budak kecik tu tolong angkut semua. 


MEMBERITAHU ANAK
Saya cakap kat dia, "Malam ni tidur sini ya?"

Dia cakap "Ok! Nak tidur dalam bilik sendiri."


ANAK MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM MENGHIAS BILIK
Lepas Mr Hubby balik dari kerja, dia nampak bilik budak kecik dah tersusun semua, terus ajak pergi Ikea cari night light. 

Budak kecik pun diberi pilihan untuk pilih lampu mana yang dia suka. 

Dia pilih LAMPAN Table Lamp warna pink berharga RM16.90

Ada warna biru dengan putih dan kami tanya dia banyak kali, betul ke nak warna pink sebab dia selalunya pilih warna biru. 

Bila dia dah confirm nak warna pink, terus kami amik lampu tu dengan mentol (dijual berasingan).

Balik dari Ikea, letak lampu semua, ajak dia masuk tidur. 

Mr Hubby pun selimutkan budak kecik, letak bantal semua nak bagi dia cosy. 

Night light pun dipasang. 


www.ikea.com

MENEMANI ANAK SEHINGGA DIA TIDUR
Mr Hubby pun temankan dia dalam bilik sampai dia tertidur. 

Budak kecik ok je tidur sensorang. 

Ummi ni je yang rindu kat dia, walaupun budak kecik tidur bilik sebelah je. 


MEMASTIKAN BILIK ANAK SELESA
Rasanya sebelum tidur, banyak kali jugalah saya pergi jenguk budak kecik tidur. 

Bukak pintu sikit je dan intai ke dalam. 

Ok ke dia? Saya masuk bilik untuk check kalau bilik panas sangat ke, kipas kuat sangat ke, budak kecik kena tak kipas, ada nyamuk ke tidak walaupun saya dah sembur sebelum tu, alih2 kan bantal supaya dia selesa. 

Saya tidur pun mengiring ke arah tempat tidur budak kecik yang dulu. 

Saya juga pastikan pintu bilik kami tak bertutup rapat supaya boleh dengar suara budak kecik ataupun senang budak kecik nak masuk bilik kami di tengah malam. 

Lampu di hallway pun kami pasang supaya terang.

Ya Allah, rindu pulak hati ni kat dia! :(

Betullah juga kan orang cakap, separation anxiety ni bukannya dirasa oleh anak kita tapi mak budak tu hahahaha 

Rasanya dalam pukul 5am kot, budak kecik masuk bilik kami untuk bf. 

Saya terus peluk dia kuat2, taknak lepas. 

Budak kecik tidur bilik kami sampailah ke pagi. 


AKTIVITI UNTUK ANAK SEBELUM WAKTU TIDUR
Malam berikutnya, saya pulak tidurkan dia.

Pastikan dia gosok gig terlebih dahulu, selalunya Mr Hubby akan pastikan dia gosok gigi.

Bila dah bagi budak kecik selesa berselimut, saya pun berzikir dan membaca surah2 termasuk surah Yasin sampai dia tidur. 

Harap2 dia ingatlah semua selawat, zikir dan surah2, Insya Allah :)

Senang sebab nanti bila dia dah pandai tidur sendiri, dia tak lupa membaca doa dan berzikir.


Kali ini, budak kecik tidur sampai lah ke pagi dalam pukul 9am. 

Tak dapat dinafikan, Ummi dia yang gelisah, tak dapat tidur memikirkan budak kecik yang tidur di bilik sebelah. 

Aih, ini baru pengalaman mengasingkan tempat tidur anak dan anak pulak tidur di bilik lain dalam rumah yang sama. 

Tak dapat pulak nak bayangkan di masa2 akan datang di mana Ummi kena berpisah dengan budak kecik ie dia pergi belajar di sekolah etc.

Buat masa ni, saya lebih selesa dan tenang kalau dia bersama saya sepanjang masa :D

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)