Friday, 7 November 2014

Jika Anak Demam

Baru2 ni anak saya selsema dan batuk. 

Selsema 2 hari diikuti batuk 2 hari. 

Alhamdulillah, tidak perlu kami bawa dia ke klinik dan semuanya sembuh dalam masa yang singkat.

Beri dia minum banyak air oren, air suam, susu badan, makan bubur & sup, tidur pakai bantal supaya dia senang bernafas (dia cukup tak suka pakai bantal) dan rehat yang secukupnya. 

Naluri ibu akan mengatakan bila anak perlu dibawa ke klinik ie keadaan makin teruk atau tiada perubahan dalam masa 2-3 hari. 

Sekiranya si ibu tidak yakin, tidak salah juga membawa anak ke klinik dengan kadar segera untuk mendapatkan nasihat doktor. 

Terbaca tips di FB tentang tidak perlu membawa anak pergi ke klinik dan berubat di rumah sahaja.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua, Insya Allah. :)


TIPS JIKA ANAK DEMAM
"Jika anak demam, pastikan anak dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. 

Ini kerana haba panas di dalam badan akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.
Bila selsema, mandikan anak 3 kali sehari supaya lendir akan mudah keluar. 
Namun, ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. 

Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. 

Ibu cuba praktikkan langkah2 di atas setiap kali anak ada selsema, Insya Allah, maksimum kena pun 3 hari.


Jika anak batuk, mandikan 3 kali supaya panasnya keluar.

Bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi.

Insya ALLAH, kahaknya akan cepat beransur baik.

Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

Bila kahak dah longgar, tepuk belakang anak everytime die batuk.

Sekiranya anak muntah, itu menandakan lendir2 itu keluar.

Waktu mandi yang sesuai ialah 8am, selepas zohor dan sebelum 7pm.

Jika terpaksa mandikan selepas 7pm, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Elok menjadi kebiasaan selepas mandi untuk sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah.
Even doktor turut berpesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat."

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)