Assalamualaikum!
Bila melihat cousins dan kengkawan yang baru menimang cahaya mata, teringat balik pengalaman sendiri lepas bersalin dulu.
Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Tapi, itulah, pengalaman akan berbeza untuk setiap orang.
Pengalaman saya ni masa deliver first born child.
Semoga dapat membantu sedikit sebanyak, khususnya bagi yang baru menimang cahaya mata pertama. :)
Waktu Tidur
|
http://www.istockphoto.com/ |
Kalau dapat tidur 1-2 jam pada waktu malam tu kira bernasib baik juga.
Tapi masa baru bawak baby balik rumah, malam memang susah nak tidur lena.
Baby nak menyusu dan kadang2 susah nak tidur balik lepas menyusu, especially bila cuba letak dia di katil semula.
Pernah saya tidur atas sofa je dengan baby supaya dia nyenyak tidur.
Badan tak bergerak sebab pegang baby, nasib baik tak tergolek jatuh sofa.
Memang sakit belakang dan bila tiba waktu siang akan mengantuk tahap gaban!
Barang Kelengkapan Baby
|
http://kapastree.com/ |
Kalau boleh kan, hubby nak beli SEMUA barang kat kedai.
Ya Allah, harga bukannya murah.
Masa tu kami pergi cari barang kat Mothercare dan sewaktu dengannya.
Tak tau kewujudan One Baby World.
Lepas bersalin, hubby jumpa One Baby World yang menjual barang2 baby dengan harga yang berpatutan.
Kebetulan, One Baby World ada kedai yang dekat dengan rumah, 5 minit je naik kereta.
Apa lagi, selama hubby cuti di rumah, dalam 2 minggu macam tu, setiap hari dia keluar cari barang kat One Baby World.
Ada2 sahaja yang dia nak beli.
Bila fikir2 balik, bukan semua barang yang kitorang perlukan.
Tapi, yalah, first baby kan, jadi dia pun beli je lah.
Bila dah ada pengalaman, esok lusa lebih bijak berbelanja.
Sejak dari hari tu, kalau ada sedara mara atau kengkawan yang mengandung, terus kami beritahu pasal One Baby World dan kemudahan mereka membeli online juga.
"Melabur"
Masa first day nak buang air kecil di hospital selepas bersalin, ada nurse masuk sekali tunjuk macam mana nak duduk dan basuh.
Ya Allah, masa tu saya dok tahan nak buang air kecil sebab takut.
Saya kena jahit, jadi perlahan-lahan saya basuh.
Bila tangan terkena jahitan tu, rasa seriau.
Kalau nak buang air besar pula, memang berhati2 juga.
Lepas tu dok terbayang, "Eh jahitan ni nanti kena bukak ke lepas dah sembuh?"
Sebab teringat yang selalunya orang kena jahit ni memang nampak benang jahit tu jadi bila dah sembuh baru bukak.
Dah start takut dah.
Nasib baik bila tanya doktor dia cakap tak perlu bukak sebab benang tu akan jadi sebahagian daripada kulit, bukan jenis benang yang boleh nampak tu.
Phew! Lega. Yerlah, masa dulu tak terlintas pun nak baca pasal jahit menjahit lepas bersalin tu.
Sakit toksah nak cakap lah. huhuhuhuhuhuhuhuhu memang nangis dah.
Tapi, Insya Allah, ia akan menjadi lebih mudah.
Banyak makan sayur dan buat untuk senang buang air besar.
Komunikasi dengan Baby
|
http://www.istockphoto.com/ |
Memang challenging jugak masa awal2 tu bila baby nangis.
Baru nak belajar berkomunikasi dengan baby.
Agak kelam kabut.
Pernah buat semua ni ie check diaper, bagi susu, tidurkan baby, check perut (takut kembung) etc tak menjadi juga.
Last2 baru teringat, belum sendawakan baby lagi lepas bf ataupun baby cuma nak kita dukung je dia.
Hubby pandai tenangkan baby, dia pakai sebelah tangan je kendong baby yang kecik tu.
Sebagai ibu, Insya Allah, bila kita dah tahu lenggok baby kita nangis sebab apa, kita akan dapat menangani masalah baby dengan kadar segera.
Tapi sebelum sampai tahap tu, memang kena banyak bersabar.
Komunikasi dengan Suami
Agak terhad sebab kami akan bergilir jaga baby atau tidur.
Jarang dapat berborak dengan hubby sebab masing2 pun akan kepenatan (tak cukup tidur) atau tengah cuba untuk bagi baby tenang.
Masing2 pun tengah belajar macam mana nak jaga baby yang tersangatlah fragile.
Akan terasa macam suami dah tak sayang kat kita sebab tumpuan dia kat baby.
|
www.pinterest.com |
Itu cuma mainan emosi ya, sebab dia sayang kat kitalah dia tolong jaga baby atau cari barang baby atau pastikan kita makan dengan betul etc.
Bila kita bagitau dia yang kita nak bercakap dengan dia, Insya Allah, dia akan bagi tumpuan kat kita.
Tapi kena bagitau dia, jangan pendam perasaan ya.
Keintiman dengan Suami
Apa yang boleh saya katakan, para suami perlu banyaaaaak bersabar dan memahami keadaan isteri semasa dalam pantang dan ketika sedang sembuh di bahagian tempat bersalin tu.
Ada yang amik masa 6 bulan, ada yang amik masa lebih lama untuk dapat intim dengan suami semula.
Alhamdulillah, suami saya sangat bersabar dan memahami. Alhamdulillah sangat2.
Salin Diapers
Memang akan ada punyalah 'accident' kecil.
Belum sempat pakaikan diapers baru kat baby (lepas dah bersihkan) dia akan buang air kecil atau besar (ikut mood dia).
Kenalah bersihkan sekali lagi, ubah tempat (sebab tempat tadi dah kotor) dan cari diapers lain untuk dipakaikan.
Kalau yang tak berapa bernasib baik, kita pun kena salin baju sekali.
Elok2 kita nak tukar diapers, terpaksa tukar baju kita juga.
Breastfeed Baby
Saya ingatkan yang baby kalau dah keluar perut, dia akan pandai bf.
Sangkaan saya meleset.
Baby pun kena belajar menyusu.
Kalau baby tak 'latch-on' betul2, si ibu yang akan merana.
Ada satu masa tu, breast saya berdarah dan sakit sebab baby tak 'latch-on' betul2.
:( Memang nangis lah saya masa bf baby.
Hubby tolong carikan nipple cream, macam2 jenis ada.
Sebab terlampau sakit, hubby pun mintak izin bagi baby formula milk sementara saya sembuh sikit dan sambung bf baby.
Alhamdulillah, dapat sambung bf baby balik tapi kena tahan sakit juga.
|
http://www.forestlanepediatrics.com/ |
'Baby Blues' & 'Post-Natal-Depression'
Saya dulu nangis tiap2 hari sampai hubby naik risau.
Itu normal sebenarnya.
Orang panggil Baby Blues.
Kalau ada orang lain tegur cakap tak elok nangis etc kita nak kawal perasaan macam mana sekalipun memang tak dapat.
Memang tak boleh nak tahan air mata.
Kalau rasa nak nangis, nangislah.
|
www.babymed.com |
Tapi kalau tersangat teruk, elok jumpa pakar.
Sebab tahap yang serious orang panggil 'post-natal-depression'.
Kalau baca dalam news, ada ibu yang rasa macam nak bunuh diri atau paling teruk, bunuh anak sendiri.
Nauzubillah, semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya.
'Judgmental' People
Anda akan jumpa ramai orang yang judgmental, yang peliknya, diorang ni kaum ibu juga.
Kita nak buat apa2 pun rasa serba salah.
Kalau boleh, minta hubby protect kita dari orang2 seperti ini.
Sebab nanti kita akan jadi bertambah stress untuk menguruskan anak sendiri.
Kalau tak dapat lari daripada orang2 sebegini, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' dan kita senyum sahaja.
Kita lebih mengenali diri kita dan anak kita sebab bukan diaorang pun yang akan jaga kita atau anak kita.
Walau apa pun pengalaman anda selepas bersalin, rasa penat atau stress atau mengantuk tu akan cepat hilang bila kita tengok baby kita, Insya Allah.
Kesusahan yang kita lalui tu akan rasa berbaloi-baloi bila melihat anak kita membesar dengan sihat. :)
Trust me, it will definitely get better and you'll have the most amazing moments with your little one. ;)
All the best in your motherhood journey dan sentiasa berdoa kepada-Nya untuk dipermudahkan segala urusan, Insya Allah. :)