Monday, 28 April 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum!

Macam mana title blog entry kali ni?
Macam zaman sekolah dulu tak?
Buat karangan BM? hehehe

Ok, hari ni nak free-writing je, suka suki ;)
Takde format, takde tujuan, takde makna
Jika nak teruskan untuk membaca, silakan ... :D

Bangun pagi semalam agak lewat, sebab tidur pun lewat malam sebelumnya. 
Tunggu Mr Hubby balik dari company dinner. 
My brother tidur rumah 2 malam dan akan balik kolej semula petang semalam. 

Maka, kakak yang baik hati ini (chewah), tolonglah tengokkan assignment yang si adik siapkan pada sebelah malam. 
Dah lama tak buat kerja kan, jadi bila baca soalan dan tengok jawapan adik tu, agak lah lembab kakak dia nak rumuskan atau beri pandangan. 

Adik dan kakak tengah sibuk tengok assignment, budak kecik pun sibuk jugak kacau pakcik kesayangan dia tu. 
Mr Hubby pun tolong layan budak kecik tu sambil2 memberi juga pandangan dia untuk assignment adik.

Amik masa lama juga, dalam 3 jam kot nak semak dalam 30 soalan macam tu. 
Habis diskusi dalam 1.15pm, maka cepat2 lah kami bersiap sebab kena pergi majlis tahlil kat TTDI dan adik pula kena balik rumah our parents kejap untuk lunch sebelum bertolak balik kolej.

Tak dapat nak join lunch sebab kitorang kena pergi majlis tahlil tu. 
Masalahnya, ada barang2 yang belum siap pack lagi sebab lepas majlis dah ada plan singgah butik kawan.

Dalam pukul 2pm baru selesai solat & packing.
Mr Hubby set GPS kat phone sebab tak tahu jalan ke masjid di TTDI tu.

Makanya, amik masa juga.
Signal phone pulak boleh "No Service" semalam untuk set Waze! 
Adoi ...
Tawakkal je lah masa drive ke TTDI tu. 
Nasib baik masa dah sampai area Kepong, signal dah ok.

Bila sampai je masjid, majlis dah selesai, jadi kami singgah juga jumpa kawan dan beri buah tangan.
Masjid tu agak besar, senang nak buat majlis tahlil dan ada juga tempat untuk letak meja panjang untuk sediakan makanan. 
Diaorang bungkus semua makanan jadi orang2 yang datang bawa balik makanan tu.

Tengah2 borak, tetiba hujan lebat.
Cepat2 bawak budak kecik masuk kereta sambil tunggu Mr Hubby borak dulu dengan kawan2 dia.

Dalam pukul 3.30pm barulah gerak ke butik kawan di area Damansara.
Duduk sana agak lama, siap Asar & Maghrib kat situ.
Sangat selesa sebab tak payah pakai kasut kat dalam, ada washroom, pantry dan play area untuk budak2.
Budak kecik pun suka je main blocks & toys yang ada.
Siap ada sofa tu, jadi kalau Mr Hubby tertidur pun ok je, boleh sambung shopping hehehe

Balik dalam kol 9pm++, walaupun diorang patutnya tutup pukul 6pm!!! 
Diaorang cakap, "Takpe, kitorang pun tak rush nak pergi mana2."
Ok, sangat awesome service!

Dalam perjalanan balik, memang lah pening nak decide makan kat mana.
Dalam 15 minit dalam kereta, budak kecik pun tidur!
Cancel plan untuk makan kat kedai makan, terus gerak balik rumah. 
Singgah beli nasi kukus ayam dara kat Taman Melati (sedap hokeyy!!) untuk makan kat rumah.

Oh ya! 
Dalam kesibukkan di butik kawan tadi, Mr Hubby keluar kejap pergi ke IKEA.
Tak sangka, bila dia singgah kat section "As Is", ada EMPAT (4) unit dapur untuk budak2!!! 

Harga asal: RM 388
Harga promosi: RM200+

Siap ada kabinet kat belah atas dapur tu. 
Apa lagi, Mr Hubby angkut satu untuk dibeli.

Dalam perjalanan untuk bayar, dia disapa beberapa parents ... diaorang semua tanya harga! 

Mr Hubby sampai je rumah, terus bersihkan dapur untuk budak kecik, dengan penuh kasih sayang :)
Usahanya berbaloi, sebab dapur tu sekarang nampak baru!

Budak kecik bangun dalam tengah malam, nampak Mr Hubby susun barang2 kat dapur, terus budak kecik excited (walaupun tengah mamai), nak tolong susun jugak barang2 tu. :)

Terpaksa tarik budak kecik masuk tidur balik tak lama lepas tu sebab dah nak dekat pukul 1am masa dia nak main. 

Inilah rupa dapur tu ...



SOURCE: www.ikea.com
SERIES: DUKTIG Mini-Kitchen

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)