Assalamualaikum ...
Baru sempat nak update blog ni.
Ibuku baru keluar hospital sbb denggi berdarah.
Kena tahan dekat 2 minggu!!!
Alhamdulillah, Ibu beransur pulih namun masih lemah jadi dia duduk dalam bilik je buat masa ni.
Ni nak share info mana yg aku ingat, mungkin boleh tolong sesapa yg cari maklumat utk denggi ni.
Hari 1:
Dalam pukul 1am, Ayah bawa Ibu ke klinik sbb Ibu memang ada lelah dan dia pun dah demam 2 hari sebelumnya.
Malangnya, nebulizer di klinik tak berfungsi, mereka terpaksa suruh Ibu & Ayah pergi ke hospital terus.
Tanpa berfikir panjang, Ibu menyuruh Ayah ke Ampang Puteri Specialist Hospital.
Sampai sahaja di hospital, kena amik darah dulu sebelum Ibu dapat menggunakan nebulizer.
Apabila keputusan darah keluar, Ibu terpaksa ditahan di hospital sbb disahkan kena denggi.
Ayah terus hantar Whatsapp kat group dalam pukul 3am utk memberitahu yg Ibu dah masuk ward.
Dalam pukul 10am, bergegaslah aku ke hospital sambil kelam-kabut bawak budak kecik tu.
Siap belikan sarapan sbb memang tak sempat nak buat pagi tu dgn nak siapkan budak kecik & bawa barang2 utk budak kecik sbb nak jaga Ibu di hospital.
Belikan sarapan utk Ayah sekali.
Sampai sahaja di ward tingkat 4 tu, Ibu kelihatan terbaring di atas katil, siap pakai oxygen mask dgn drip sekali.
Ya Allah, mana tak sedih hati anak ni tengok Ibu macam tu! :(
Terus Google apa2 tips utk demam denggi ni.
Maka 100 Plus pun dibeli.
Malangnya, Ibu tiada selera utk makan, bila dia teguk 100 Plus tu, tak lama lepas tu dia dah start muntah2.
Aku stay kat hospital sampai ke malam dan berdoa agar Ibu pulih, Insya Allah.
Hari 2:
Cousin datang bawak sup ketam tengah hari tu, terus Ibu hirup sup dan makan ketam sekali.
Aku pulak sibuk dok cari ketam kat pasar dan Google utk cari resepi cari sup ketam ... tak pernah masak ketam hokkkeeeyyy!
Selera Ibu masih tiada, kena paksa juga dia makan.
Hari 3:
Ibu cuba utk minum sup ketam yg aku buat, tapi tak habis.
Aku ada juga belikan dia buah kurma, suruh dia makan sekerap yg mungkin.
Ibu kerap pula ke bilik air, buang air kecil, katanya.
Belikan dia Tiger Balm sbb dia kata sakit belakang.
Ibu tiada selera makan, cuma nak roti atau biskut.
Makanan yg disediakan hospital dia cuma ambil sesuap dua sahaja, kalau dia paksa dirinya makan, dia nak muntah.
Hari 4:
Ibu disahkan borderline kencing manis dan denggi ni pun dah affect hati dia.
Terus hentikan sup ketam dan suruh Ibu makan buah kurma je.
Malam ni, Ayah dah mula tidur di hospital sbb Ibu makin lemah.
Hari 5:
Ibu terbaring sahaja di katil.
Kami belikan Ibu jus kurma, kena bancuh 1 sudu besar jus tu (agak pekat juga) dalam air suam.
Platelet Ibu makin menurun, amat risau hati ni.
Hari 6:
Ayah Whatsapp kat group dalam pukul 12am, katanya keadaan Ibu makin teruk.
Jururawat terpaksa keluar masuk bilik Ibu setiap 20 minit, hampir2 dimasukkan ke ICU.
Mereka masukkan 6 bag darah, letak bag utk air kencing dan pakaikan Ibu lampin.
Ibu dah memang tak boleh gerak dan tak sedar.
Ketika memberi Ibu makan / minum / ubat, mata Ibu tertutup dan kami kejutkan Ibu utk bangun makan / minum / makan ubat.
Dia makan tapi bila bercakap, tak memberi tindakbalas.
Ketika ini, platelet Ibu dah turun sampai 14 !!!
Pukul 3pm, tangan dan kaki Ibu makin bengkak ... yg sangat2 bengkak.
Panggil jururawat utk tolong bukakan cincin.
Tak dapat bukak.
Jururawat tu perasan yg bengkak amat teruk, terus membuat panggilan ke Doctor utk tolong tengok Ibu.
Ibu memang tak sedar, meracau pun ya.
Tidak memberi tindakbalas.
Mereka suruh aku bercakap dgn Ibu.
Malangnya, Ibu tak respond kat aku.
Aku dah tak boleh tahan ... terus meraung di luar bilik.
Nasib baik makcik aku ada di luar, dipeluknya aku sekuat-kuatnya ... cuba utk menenangkan aku, selawat semua.
Aku akui, ini ketentuan Allah SWT, qada' & qadar, tapi pada waktu itu, ketika itu, aku terlupa seketika.
In shock barangkali ... ikut emosi.
Bila aku dah tenang, pakcik aku pula tenangkan aku.
Begitu bertuahnya aku ketika itu.
Aku beritahu makcik aku, barangkali aku nangis sbb tengok muka makcik yg iras muka Ibu, sbb mereka adik-beradik.
Bila jururawat panggil semula aku masuk, aku tarik makcik.
Minta makcik cakap dgn Ibu.
Makcik pun mula berborak, Ibu ada respond TAPI kami tak paham langsung apa Ibu utarakan!
Jururawat semua berusaha sedaya upaya bercakap dgn Ibu namun hasilnya tetap sama.
Doctor terus suruh jururawat bawa Ibu pergi CT scan, dikhuatiri denggi sudah sampai ke otak pula.
Ya Allah ... hancur luluh hati ini bila terdengar Doctor berkata begitu.
Aku dan Ayah mengiringi Ibu ke tingkat bawah, ke bilik radiologi (barangkali ada nama lain, aku kurang pasti).
Ku lihat jururawat dan pakar radiologi cuba utk alihkan Ibu dari katil ke atas mesen scan.
Kami disuruh tunggu di luar.
Mataku dah berjujuran dgn air mata, Ayah senyap, tidak berkata apa.
Beberapa jam menunggu, sambil ku suap Ibu makan, Doctor masuk.
Katanya denggi tidak menjejaskan otak, cuma Ibu kurang sodium, kami perlu beri Ibu garam dalam makanan dan air.
Pihak hospital akan tukar drip Ibu dari air ke sodium.
Hari 7:
Sodium Ibu naik sedikit, kami usahakan menambah garam dalam makanan & minuman.
Ibu masih belum sedar sepenuhnya.
Dia dimandikan oleh jururawat, ditukar lampin dan air kencing dikumpul dalam bag.
Doctor mengatakan Ibu kurang hemoglobin juga.
Maka kami perlu beri Ibu susu, yogurt, buah plum, prunes & raisins.
Jus kurma tetap kami beri setiap hari.
Mereka juga usahakan utk keluarkan air dari badan, kurangkan bengkak di kaki dan tangan.
Banyak juga air kencing keluar walaupun kami diberitahu utk tidak memberi minum air banyak, hanya 700ml dalam masa 24 jam.
Hari 8:
Ibu sedar, boleh berbicara & bergerak sedikit ... banyak tidur juga.
Darah keluar dari hidung dan Ibu batuk berdarah sekali sahaja.
Platelet Ibu naik sedikit, Alhamdulillah.
Ibu mengidam makan nasi dgn sup sayur, ikan goreng, tempe, telur masih.
Aku masak mana yg sempat dan beli mana yg tak sempat nak masak pagi tu.
Alhamdulillah, Ibu makan nasi sampai bertambah!
Hari 9:
Ibu sedar dan boleh bergerak.
Banyak lebam di tangan, bengkak di tangan susut sedikit.
Ibu diberi antibiotik sbb sel darah putih agak tinggi.
Lampin dibuka sbb Ibu sudah boleh berjalan (dipimpin tangan) ke bilik air sendiri.
Ibu sudah boleh duduk juga.
Aku masak sup ayam dan beli ikan kerisik goreng sbb Ibu teringin makan ikan kerisik.
Hari 10:
Alhamdulillah, platelet Ibu naik 120. Tak sabar bawa Ibu pulang!
Ibu teringin makan nasi ayam, aku beli yg dah siap.
Hari 11:
Platelet Ibu naik 160!!!
Aku masak sup sayur lagi, telur dadar dan beli ikan keli goreng (permintaan Ibu).
Kami pulang ke rumah dalam pukul 3pm.
Akan berjumpa semula dgn Doctor dalam masa 6 hari.
Doctor pesan supaya Ibu dijaga rapi dari segi pemakanan dan pengambilan ubat (yg amat BANYAK!) ... Doctor kata Ibu tidak boleh jatuh demam lagi.
Memandangkan Ibu sudah berada di rumah, kurang penat sikit sbb aku tidak perlu menempuh traffic jam utk ke hospital.
Agak penat sbb jaga Ibu selama 2 minggu di hospital dan makan pun tak ikut waktu ... tapau je ... langsung tak masak!
Kesian hubby dan budak kecik!
Namun, kepenatan tu tak dapat nak atasi kepuasan melihat Ibu beransur pulih dan dapat pulang ke rumah!
Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)