Tuesday, 14 January 2014

Bin Nurdin @ Seksyen 15, Shah Alam



Assalamualaikum ...

Dah lama sebenarnya Mr Hubs ajak singgah kedai Bin Nurdin di Shah Alam ni ... 

TAPI ...

Sebab Shah Alam tu agak jauh dari KL (ok, itu bagi saya je lah kan, orang lain cam rilek je ulang-alik KL-Shah Alam tiap2 hari gi kerja, takde hal) maka asyik tertangguh je lah perancangan ni. 

Ada satu hari tu, Mr Hubs kebetulan cuti, terus ajak pergi Shah Alam dan sebab nak amik hati isteri (hehehehe) Mr Hubs cakap nak belanja makan kat satu cafe' baru di Shah Alam.

Ok gak tu kan ... ;)

Lepas makan minum bagai kat cafe' tu, barulah kitorang gerak ke Bin Nurdin.

Sesiapa yang tak berapa tau jalan / bulatan-bulatan yang begitu banyak di Shah Alam tu ... haaaa eloklah pakai GPS kalau tak nak sesat! 

Teringat kat member share benda ni di FB ... G.P.S = Guna Pun Sesat! 

Hahahahaha ... betul tu ... sebab GPS pun pening dengan jalan2 kat Malaysia ni yang asyik berubah-ubah setiap masa! 

Kebetulan masa nak sampai kedai tu, hujan pulak, tapi Alhamdulillah, dapat parking betul2 depan kedai.

Jangan risau pasal parking kat kawasan ni, banyak sangat sebab banyak kedai belum ada penyewa lagi.

Kedai ni amik 3-tingkat semuanya

Kebetulan ada "SALE" masa kitorang pergi tu

Perasaan masa masuk kedai tu ... SubhanAllah ... orang di kaunter terus bagi salam & senyum lebar ... wajib jawab ya, jangan tak jawab. 

Rating untuk customer service saya terus bagi 5-bintang! :D 

(Suka sangat sebab tak pernah ada orang Islam bagi salam kat kita bila kita masuk kedai dia, kita pulak yang bagi salam kat dia!)

Tempat pertama yang saya nampak adalah cafe' dia ... dan ... pelbagai pilihan kek! 

Terpaksa tangguhkan nak tengok kek sebab kan baru lepas makan ... ish, buruk perangai kalau tetiba meluru ke tempat kek kan ... 

Tingkat bawah ni jual baju2 untuk kaum Adam.

Mr Hubs tetiba terjumpa beberapa helai baju (macam kurta) dalam banyak2 pilihan kat bawah ni ... 







Memang smart baju2 yang Mr Hubs pilih, kebetulan ada diskaun ... apa lagi, Mr Hubs borong untuk diri sendiri, untuk adik2 ipar dia (adik2 saya lah tu :D), adik dia dan pakcik dia.

Alhamdulillah ... :) 

Kalau tak pasti saiz apa, jangan risau, changing room pun ada kat sini. 

Masa Mr Hubs sibuk di changing room untuk cuba baju2 ... sibuklah juga budak kecik nak masuk changing room dengan Daddy, sebab apa? 

Sebab ada cermin! Haaa...posing sakan budak kecik depan cermin ... aih!

Yang paling best, pekerja2 kat situ rata2 memang suka dengan budak2, jadi diaorang pun rajinlah layan budak kecik lari ke hulu ke hilir dalam kedai ... sampai Ummi pun kena kejar dia sekali, nak pastikan dia tak langgar / jatuhkan barang2 berharga ... kalau tak, nangis Daddy dengan Ummi nak kira ganti rugi kan huhuhuhu

Sementara tunggu Daddy, Ummi pun bawak budak kecik lepak baca buku kejap kat sini ... 

Bahagian kanak2

Ada lagi gambar2 kat bawah ni ...

Ada jual buku2, Al-Quran siap dengan rehal sekali








Gambar kat atas ni boleh nampak "Bargain Corner" ... barang2 dijual dengan SANGAT murah sebab tak pass "SIRIM" / QC ... jangan risau, pihak Bin Nurdin dah tulis kat setiap barang apa yang rosak / terkurang ... bolehlah anda nilai sebelum beli.

Ada beberapa telekung yang saya nampak di "Bargain Corner" ... sama ada kotor / koyak / tiada tali ikat di kepala etc.

Oleh kerana Mr Hubs agak lama pilih baju, saya pun bawaklah budak kecik naik ke tingkat 1 untuk solat dan tengok baju2 untuk kaum Muslimah dan kanak2 juga.

Betul2 tak sempat nak amik gambar kat tingkat 1 tapi yang PALING saya suka, bilik solat sangat bersih dan wangi, bilik air pun begitu dan ada tempat khas untuk ambil wudhu'. 

Ada bilik khas untuk tudung2 di mana kaum Muslimah sahaja dibenarkan masuk ... bolehlah try tudung2 kat situ.

Pendek kata, betul2 lengkap lah barang2 untuk kaum Muslimah di sini ... tudung, anak tudung, sarung tangan, sarung kaki, jubah / abaya, baju Muslimah, brooch, seluar, kain, telekung etc.

Changing room pun ada ... senang nak cuba baju. 

Pekerja2 di tingkat 1 semuanya Muslimah yang amatlah ramah! :)

Seronok betul sampai tak sempat nak ke tingkat 2 tengok apa yang ada. 

Mr Hubs naik tingkat 2 sebab nak solat (bilik solat lelaki), katanya ada juga baju2 untuk kaum Adam kat tingkat ni.

Memang betul2 lengkap lah kedai Bin Nurdin ni kalau nak cari baju2 atau buku2 atau barang2 keperluan untuk Haji & Umrah atau apa sahaja yang diperlukan ... Alhamdulillah.

Kalau nak duduk sini satu hari suntuk cari barang pun takpe sebab boleh solat DAN juga makan! :D

Ataupun, sebelum datang ke kedai ni, boleh juga pergi kat FB tengok barang2 yang dijual. 

Kalau betul2 tak sempat ke Shah Alam, boleh tengok kat website Bin Nurdin untuk beli secara online, Insya Allah.

Sebelum balik, kitorang sempat makan kek (sempat gak tuh!) dan mengkopi kat cafe' Bin Nurdin ... Alhamdulillah ... memang sedap! 

:D




Alamat: No. 17, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-5523 3676






No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)