Betapa bertuahnya kaum Hawa diberi pilihan untuk berpuasa walaupun sedang menyusu badan ataupun tidak berpuasa (tapi kena jugalah ganti ya :) )
Indahnya agama Islam, TabarakAllah ... :)
Saya pilih untuk berpuasa.
Yalah, cam tak best pulak kalau semua orang tengah berpuasa, kita tak puasa.
Siang hari bolehlah makan & minum kan ... bila kita menyusu baby, memang AMAT dahaga!
Lapar tak sangat tapi ... HAUS betul!
Ketika keluarga bukak puasa pulak, meriah betul diaorang kat meja makan ... kita pulak dok sorang2 tak campur ... yerlah, orang tak puasa mana boleh join orang berbuka?
Lain benar suasana bulan Ramadhan tu ... kalau boleh, taknak miss puasa ... nak join jugak!
Hari pertama berpuasa tu ... Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa bergendang gendut tali kecapi perut ni berbunyi ... laparrrr ...
Boleh pulak masa tu baby macam tahu je Ummi tengah berpuasa .. dia pulak asyik bergayyyuuuutttt memanjang ... lapar pulak dia bulan puasa ni ha.
Menguji keimanan sungguh!
Sabaaaaarrrr je lah.
Oklah, berjaya mengharungi pusingan pertama! :D Alhamdulillah!
Iftar selalunya saya makan nasi.
Disebabkan satu hari tak minum tapi masih lagi menyusukan baby, makanya SETIAP SATU JAM lepas berbuka sampai sahur hari berikutnya saya akan minum air.
Sahur pulak, selalunya buat Milo + oatmeal (minuman wajib), makan dengan kurma atau biskut.
Nampak macam simple sangat pulak menu sahur kan?
Percayalah, oats tu memang berkesan kalau nak tahan perut dari lapar untuk sehari berbanding makan nasi waktu sahur.
Hmmm ... lain orang lain pulak caranya kan?
Tapi itulah menu saya setiap hari ... Alhamdulillah, dapat berpuasa DAN menyusu baby juga!
Baby saya dah 2 bulan+ dan kalau menyusu pulak, adalah dalam 1 jam 45 minit kena dok tunggu dia ... manalah saya tak kehausan ... semua cecair pergi kat baby.
Walaupun cam tu, Alhamdulillah, susu badan memang cukup dan baby dapat breastfeed on demand :)
Jadi kepada sesiapa yang tak berapa yakin susu badan akan mencukupi masa berpuasa tu, Insya Allah, akan cukup ... cuma para ibu2 yang dikasihi sekelian perlu banyak bersabar ya? :)
Soalan ni selalunya daripada first-time moms cam saya ni :D
Jadi terserah kepada kaum ibu sama ada nak teruskan berpuasa atau tidak.
Anda tahu apa yang terbaik untuk diri anda dan bayi anda ;)
Eh, cam iklan ler pulak ... :P
Salam Ramadhan! :)
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)