Alhamdulillah, The Baby dah pun masuk 9 bulan. :)
Hari ni masa suapkan baby makan, dah boleh rasa gigi atas pulak tumbuh (2 batang).
Jadi lengkap sudah gigi bawah (2 batang) dan atas.
Patutlah masa breastfeed akhir-akhir ni sakit teramat sangat!
The Baby dan Lil' Tot sangat berbeza personaliti mereka.
The Baby lebih manja (terlebih lebih lebih) dan dia juga breastfeed-on-demand jadi saya memang banyaaaak sangat menghabiskan masa baring-baring sebelah The Baby.
Nak siapkan makanan kat dapur memang tak dapatlah kalau Encik Suami takde sebab baby akan nangis (meraung) mintak dukung.
Bertabahlah wahai Ummi.
Encik Suami banyak tolong, terutamanya bab menyediakan makanan.
Kalau ikutkan Ummi, mana yang sempat Ummi akan makan dan tunggu je Encik Suami balik baru dapat jamah nasi atau makanan yang lebih berat sikit daripada makan tengah hari.
Lil' Tot punya makanan yang Ummi akan pastikan ada, sebab kesian dia kalau makan tak betul kan.
Masuk angin, sakit perut nanti dia.
Hari ni, Alhamdulillah, dapat masuk dapur untuk betul-betul siapkan makan tengah hari sebab The Baby dan Lil' Tot dok main kejar-kejar.
The Baby dah boleh merangkak dengan laju, kakak dia pulak lari main kejar-kejar dan boleh pulak main sorok-sorok.
The Baby memang suka berdiri kat atas sofa dan lepaskan kedua-dua belah tangan, berdiri kejap sebelum dia jatuhkan badan.
Orang cakap tak lama lagi bolehlah berjalan, Insya Allah.
Tapi kalau baby tak jalan lagi pun takpe, Ummi dan Daddy tak kisah.
The Baby boleh amik masa lama mana pun untuk develop skills dia. :D
Kakak dia pulak, Lil' Tot, ada je benda yang dia nak buat sebab Daddy ada belikan dia craft book.
Lil' Tot akan tengok mana-mana craft yang dia minat dan dia akan cuba buat sendiri, Alhamdulillah.
Kalau dia tak reti atau betul-betul tak boleh buat, barulah dia akan mintak tolong.
Baru-baru ni elok je Lil' Tot tidur petang dalam sejam macam tu.
Mungkin penat kot nak memproses maklumat daripada buku dan menghasilkan seni mengikut pemahamannya. :)
TV akan terbuka setiap hari tapi sebab nak bagi bunyi je.
Budak-budak bukannya duduk depan TV sangat.
Kalau dah penat, baru dok depan TV.
Lil' Tot pulak kalau dah start bercakap tu, memang non-stop.
Alhamdulillah, Lil' Tot sayaaaaanngggg sangat kat adik dia. :)
Harap-harap kasih sayang mereka akan berkekalan sampai bila-bila, Insya Allah. :)
No comments:
Post a Comment
I would love to hear from YOU! :)