Friday 21 February 2014

Majlis Perkahwinan di Pontian (Februari 2014)

Assalamualaikum! 

Hari tu balik kampung sebab ada wedding cousin :D

Memang seronok sebab tahu yang ramai akan balik dan berkumpul ... tak yah tunggu Hari Raya. 

Sampai je kat rumah arwah nenek :( [sebab dua2 atuk dgn nenek dah meninggal dunia, makcik dgn keluarga dia tinggal rumah arwah sekarang] hubby buat kerja dia dan saya pun sibuk amik camera amik gambar mana2 yg dah siap set-up (feeling lah tu macam pro camerawoman!) chewah ... sangat!

Paling best, pilihan deco pelamin dan bilik pengantin sangat lah sweet & simple ... SAYA SUKA!

Kita amik gambar dalam bilik jap:



Suka betul warna katil pengantin ni ... ni konon2 amik gambar dgn cahaya matahari sekali tu! Hahaha ... 

BAJU NIKAH ... hahaha sangat lah kan nak amik gambar dgn lighting kat belakang tuuuuuu

 suka suka suka!!! :D

Lari jap keluar rumah ...

Color theme utk majlis nikah adalah biru muda dan dijalankan di rumah pada hari Jumaat jam 10am.

Tempat bunga ni cantik pulak ... 


Masuk balik rumah amik gambar pelamin plak:



Disebabkan majlis private, saya amik gambar2 atas je lah ya. :)

Selesai sahaja majlis nikah dan makan tengah hari, kaum Adam bergegas ke masjid untuk solat Jumaat. 

Pada pukul 3pm pulak, ada majlis khatam Al-Quran untuk kaum Hawa sahaja ... kemudian makan lagi ... 

Lepas solat Isya', kaum keluarga dan sanak saudara bergerak ke Dewan Jubli Intan untuk set-up dewan bagi majlis resepsi hari berikutnya.

Dewan ni kosong ya ... maka pelamin kena set-up sendiri, meja2 & kerusi2 makan kena pasang sendiri, meja2 buffet line pun kena buat sendiri jugak. 


Pelamin di Dewan Jubli Intan, Pontian


Walaupun nampak macam banyak benda nak set-up, tapi sebab semua orang pun ringan tulang sambil diselit dgn lawak jenaka etc, kerja tu tak terasa bebannya. :) BEST SANGAT!

Disebabkan saya ada budak kecik, kitorang terpaksa gerak balik dalam pukul 12 tengah malam cam tu, nak bagi dia tidur sebab akan sibuk hari berikutnya. 

Hubby plak lepas je dah hantar kitorang balik, dia patah balik ke dewan untuk tolong apa2 yang patut.

Hari berikutnya ... 

Ahli keluarga semua sibuk menjalankan tugas masing2 ... dari pukul 11am.

Bila dah pukul 3pm tu ... terus bergegas ke satu2nya bilik yang ada hawa dingin yang agak kuat untuk mengerjakan solat Zohor. 

Ada banyak sofa kat situ makanya budak2 kecil boleh nap jap atau ibu2 menyusu boleh bf jap atau orang2 dewasa boleh solat jap ... Alhamdulillah.

Lepas solat, memang perut terasa lapar ... maka barulah dapat check-out buffet line ni! 





Apa yang penting, ada ice-cream!!! 

Budak kecik tu dah makan 4 ice-cream ... tapi dia makan atas je, bila dah stok nak cair je, hulur kat Ummi atau Daddy ... ish ish ish!



Haaa ... jangan tak tau, roti canai pun ada! 

Tebar pakcik, jangan tak tebar! hehehehe

Mamat yang tengah tu yang jual ice-cream, sangat peramah orangnya! Masa tu dia bawak 700 kon ice-cream ... sumer habis dalam kol 3pm cam tu... lakuuuuu ... :)


Macam sedeeeyyyy je akak tu en TAPI saya suka lah dome makanan macam ni! Suka! :D
Dalam kol 5pm tu, dewan dah nak kosong, tinggal ahli keluarga, sedara mara dan orang2 yang buat pelamin. 

Pasangan pengantin cepat2 amik gambar dgn kaum keluarga dulu baru bergegas keluar dengan photographer nak buat outdoor photoshoot. 

Kami pun bergotong-royonglah mengemas dewan dan mengerjakan solat Asar.

Siap sapu dewan dan basuh bilik air tu! Walaupun bilik air tu tak lah bersih sangat masa kitorang mula2 guna dewan tu ... :( sedih betul ... takpelah, bukan rezeki ... 

Dah siap packing sumer, beransur pulanglah kitorang dah nak dekat Maghrib.

Lepas je mandikan budak kecik tu, letak dia atas katil sambil tengok TV dan botol air kat tangan. 

Saya pun gi lah mandi jap ... keluar je dari bilik air, budak kecik dah tidur sambil mengenggam botol air kat tangan :) amboi senang betul dia tidur, Ummi tak yah bf pun! 

Solat Maghrib jap lepas tu landing atas katil tengok TV ... Daddy pulak buat kerja sikit pastu tidur ... maka dua beranak tu tidur Ummi tengok TV sampai tengah malam ... barulah dapat tidur ... 

Memang best lah buat kerja kahwin untuk sedara mara ni ... kitorang semua tengah tunggu sapa punya giliran pulak lepas ni ... tak sabooooo ... :D



Nota Kaki: 

1) Info lebih lanjut mengenai kadar sewa di Dewan Jubli Intan, Pontian, boleh rujuk di sini KADAR SEWA

2) Sekiranya kaum keluarga atau sahabat handai yang ingin menunaikan solat, bolehlah ke bilik VIP yang berhawa dingin terletak berhampiran dengan pintu masuk utama dewan. Elok juga dijadikan bilik menyusu untuk kaum ibu ataupun tempat istirehat bagi kanak2. Disebabkan bilik itu banyak betul sofa yang besar2, kenalah bekerjasama sikit untuk susun atur sofa bagi meluaskan kawasan di dalam bilik.

3) Dewan dan bilik air perlulah dibersihkan sebelum majlis bermula dan selepas majlis selesai. Bilik air besar kemungkinan berada di dalam keadaan yang kurang selesa atau mengeluarkan bau yang kurang enak jika tidak dibersihkan terlebih dahulu. Di kawasan dewan ni tiada bilik solat jadi tempat untuk mengambil wudhu' hanyalah di bilik air ini. 

4) Bagi yang mempunyai kaum keluarga yang datang dari jauh dan ingin mencari tempat bermalam, disarankan juga untuk pergi ke Pontian Garden Hotel . Hotel ini terletak tidak jauh dari Hotel Pontian dan bersebelahan dengan restoran Marrybrown. Boleh dapat diskaun kalau tetamu Pontian Garden Hotel berkunjung ke restoran ini. Buffet sarapan juga disediakan. 


Semoga maklumat di atas berguna untuk sesiapa yang ingin melangsungkan majlis di Dewan Jubli Intan, Pontian, Insya Allah :)



No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)