Thursday 19 May 2016

Penjagaan Makanan Kami

Alhamdulillah, hampir setiap minggu suami dan saya monitor berat badan kami selepas suami keluar daripada hospital kerana strok.

Suami telah mencapai berat 87kg daripada 108kg. Tinggi dia 169cm.

Saya pula sudah mencapai berat 56.5kg daripada 75kg (masa mengandung dulu). Tinggi 168cm.

Nasi cuma satu senduk, kadang-kadang dua. Kami guna beras perang ataupun campur beras biasa dengan beras perang.

Lauk lebih sikit.

Kalau makan di luar (memang jarang makan kat luar sebab prefer makan kat rumah je), kami akan kongsi sahaja makanan.

Jarang sangat order sorang sepinggan.

Kini, saya memberi motivasi untuk adik saya pula walaupun dia berada jauh di perantauan sebab dia cakap nak kurangkan berat badan. :)

Cuba tengok, gambar-gambar makanan yang dia hantar.

Macam best je kan.

Kami hantar pes Brahim's kat dia, memang teruja dia tengok terutama sekali pes kurma dan asam pedas (lauk kegemaran dia asam pedas).



Saya suruh dia jaga portion makanan, terutama sekali nasi.

Dia memang amalkan meminum 2 litre air setiap hari.

Suami pula memang bawa bekalan dari rumah untuk dibawa ke pejabat.

Kalau dia dah makan banyak sehari sebelum, dia cuma membawa buah-buahan sahaja keesokan harinya.


Alhamdulillah, bacaan gula suami dalam 5, bacaan kolestrol bagus dan dia dapat mengawal bacaan darah tingginya.

No comments:

Post a Comment

I would love to hear from YOU! :)